ParlimenPolitik

MP Bagan tegas belanjawan PH lebih baik berbanding PN

PEMIMPIN pembangkang menegaskan belanjawan yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH) adalah lebih baik berbanding Perikatan Nasional (PN).

Perbandingan itu dibuat kerana dikatakan terdapat beberapa peningkatan peruntukan dibuat oleh PH lebih besar berbanding PN terutama ketika negara sedang berhadapan krisis.

Antara perbandingan yang disentuh adalah kesihatan dan pendidikan dengan gesaan keutamaan oleh kerajaan sekarang.

Termasuklah pemberian moratorium secara terbuka bagi membantu seluruh rakyat Malaysia termasuklah mereka yang terlibat dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Satu ialah krisis kesihatan, di sini tentulah dinyatakan bahawa pihak kerajaan telahpun memperuntukkan RM38 bilion sebagai satu dana untuk tahun ini.

“Tetapi, ia sudahpun dikurangkan kepada RM17 bilion, kami tidak lihat mengapa ia perlu dikurangkan.

“Di mana peratusan kenaikan adalah 6.6 peratus daripada RM30.6 bilion sebelum ini pada 2019 adalah RM28.7 bilion.

“Mengapakah peruntukan untuk Sabah dikurangkan?

“Untuk Belanjawan 2020, kita naikkan kepada RM5.2 bilion, tetapi kali ini 2021 diturunkan kepada RM5.1 bilion.

“Belanjawan naik 8.6 peratus, tetapi untuk Sabah turun RM100 juta. Itu sesuatu yang menunjukkan bahawa Sabah masih tidak diberikan penekanan dan keutamaan sewajarnya.

“Peruntukan untuk pendidikan pada 2020 dinaikan daripada RM60.2 bilion kepada RM64.1 bilion kenaikan 6.5 peratus.

Tetapi di bawah PN, ia hanya dinaikkan satu peratus sahaja kepada RM64.8 bilion. Bajet dinaikkan 8.6 peratus, pendidikan hanya dapat kenaikan satu peratus.”

Demikian kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Zeri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Belanjawan 2021 yang meningkat sebanyak 8.6 peratus dengan unjuran defisit fiskal 5.4 peratus.

Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di atas lima krisis.

Krisis tersebut adalah, kesihatan, ekonomi, politik, pendidikan dan keyakinan terhadap Kerajaan PN.

Beliau dalam perbahasan tersebut juga turut mempersoalkan jika belanajwan yang dibentangkan Tengku Zafrul mendapat kelulusan kabinet.

Selain itu beliau juga mempersoalkan jika menteri dariapda UMNO tidak membangkitkan isu-isu yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Adakah belanjawan ini diluluskan oleh kabinet?

“Kerana sekiranya diluluskan oleh kabinet, mengapakah menteri kabinet daripada UMNO tidak menimbulkan atau mengutarakan dua-dua syor yang telah disebut oleh Ahli Parlimen Pekan.

“Adakah belanjawan ini tidak diluluskan oleh kabinet? Ini saya berharap akan dapat jawapan yang jelas.

“Enam cadangan yang telah diutarakan oleh pihak PH, satu ialah kenaikan sumber untuk Kementerian Kesihatan (KKM) tidak diberikan khususnya untuk Sabah yang menghadapi krisis Covid-19 terbesar di Malaysia.

“Mengapa tiada satu bantuan kalau tidak ada secara menyeluruh, sekurang-kurangnya bersasar. Nampaknya sekarang bersasar, tetapi tersasar,” jelasnya. – SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button