Politik

Suara PM Ismail Sabri pertahan kerajaan beliau

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat semakin tegas bersuara mempertahankan kerajaan pimpinan beliau selepas berhasil mencipta kejayaan demi kejayaan.

Suara-suara sumbang yang menyatakan kerajaan PM-DSIS adalah sebuah kerajaan yang tidak stabil dibidas dengan aksi nyata yakni sokongan melebihi majoriti 2/3 untuk isu seperti MA63 dan terbaharu Akta Lompat Parti.

Tuduhan liar bahawa PM-DSIS akan salahgunakan kuasa bagi mengarahkan ROS menolak usul UMNO juga dimatikan dan dinoktahkan begitu sahaja bila mana ROS meluluskan permohonan UMNO tersebut.

Kini, tanpa berbasa-basi setidaknya 10 orang UMNO yang lantang membuta tuli dalam bersuara dan menyerang kerajaan DSIS bagaikan “ditampar” secara nyata bila mana PM-DSIS sendiri menyatakan janganlah UMNO serang kerajaan yang dipimpin oleh UMNO itu sendiri.

Antara individu tersebut ialah :

  1. Nur Jazlan.
  2. Puad Zarkashi.
  3. Isham Jalil.
  4. Lokman Adam.
  5. Shabrey Cheek.
  6. Rafi Awang Kecik.
  7. Zamil Kedah.
  8. Asyraf Wajdi.
  9. Razlan.
  10. Khaled Nordin.

PM-DSIS yang disangka mereka hanya akan diam membisu nyata bersuara tegas di hadapan ahli UMNO sendiri.

Seorang Top-5 UMNO dan penjawat semasa jawatan Perdana Menteri sendiri yang bersuara tanpa berlapis, meminta agar jangan menyerang kerajaan beliau.

Jika masih gagal difahami oleh 10 individu yang di senaraikan maka jelaslah bahawa mulut dan lidah mereka lebih ligat berbanding akal mereka sendiri.

Namun jika muka telah tebal dan maruah kian menipis, pastinya teguran tersebut hanya akan dianggap angin berlalu oleh mereka. – SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button