Politik

Dakwaan PM ditekan adalah cubaan untuk pecah belahkan kepimpinan UMNO

DAKWAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditekan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO pada Rabu lalu adalah cubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ada pihak luar sengaja mengambil kesempatan menggunakan perkembangan terbaru dalam parti itu untuk meraih kelebihan politik dengan mensasarkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tak ada, itu semua bohong, kasihan lah dekat Perdana Menteri, itu semua ada orang buatlah, Media sosial ini masalahnya.

“Dia macam ini, ada orang ambil kesempatan pasal apa berlaku ini untuk pecah-belahkan orang, semua tahu Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden parti UMNO, dia jadi Perdana Menteri, Zahid jadi Presiden.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ibu Negara hari ini.


Baca artikel berkaitan > MARA pasang panel sistem solar di institusi pendidikannya

Mahdzir diminta mengulas dakwaan beberapa portal kononnya Perdana Menteri diberikan kata dua supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin atau dipecat daripada parti.

Beliau turut menafikan kata dua yang diberikan kepada Ismail Sabri jika tidak memenuhi tuntutan yang dikemukakan pada mesyuarat itu.

“Dua benda berlainan di tengah-tengah itu untuk pecahkan. Siapa nak pecah belahkan ini… orang itu nak pergi ke pilihan raya juga.

Mereka akan gembira dan merasa berjaya melakukan perkara itu untuk mewujudkan sengketa dan perpecahan antara Zahid dan Ismail Sabri, itu agenda mereka dan itu yang mereka mahukan sebenarnya.”

Ditanya mengenai agenda pertemuan pada sesi taklimat khas Presiden UMNO esok, Mahdzir berkata ia adalah untuk mengukuhkan parti.

“Ia lebih kepada atas nama untuk mengukuhkan parti,” katanya.

UMNO dijadual mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, petang esok. – SM

Artikel berkaitan > Presiden UMNO panggil semua ahli ke taklimat khas Sabtu ini

(Visited 195 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button