NegeriSukan

PWNPs wajar pertimbang bida jadi tuan rumah WCWC 2026

Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) wajar mempertimbangkan untuk membida melalui Persatuan Woodball Malaysia (MWA) bagi menjadi tuan rumah pada Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) Ke-11 tahun 2026.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengalungkan medal kemenangan kepada salah seorang peserta sempena majlis Penutupan Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Bagaimanapun sebelum itu ia perlu disokong dengan penajaan dan sumber kewangan yang mencukupi.

Perlis sebelum ini pernah dipilih sebagai tuan rumah bagi WCWC tahun 2020.

Ia terpaksa dibatalkan kerana Covid-19 sekalipun segala persiapan rapi telahpun dilaksanakan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan Penutupan Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli; Presiden PWNPs,Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin dan Presiden MWA, Elaine Tan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para hadirin sempena majlis Penutupan Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

Raja Muda turut menyarankan supaya UniMAP, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) juga menimbangkan untuk membida melalui Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) bagi menjadi hos Kejohanan Woodball Universiti Dunia yang akan datang kepada ‘International University Sports Federation (FISU)’ jika mendapat sokongan padu daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta MWA.

Kejayaan menjadi tuan rumah kejohanan-kejohanan bertaraf antarabangsa seperti ini akan terus meletakkan Perlis dalam peta dunia khususnya dalam era pasca Kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 kelak.

Kamarudin dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, Kejohanan Woodball Terbuka Perlis dan Jemputan Antarabangsa 2023 merupakan acara tahunan yang telah dilaksanakan sejak 2016 dan terhenti seketika semasa pandemik Covid-19.

Objektif kejohanan ini telah tercapai terutamanya ke arah memupuk semangat kerjasama yang lebih erat di antara PWNPs dan badan-badan kerajaan serta pihak swasta di samping membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan salah satu pasukan yang menjadi juara sempena Penutupan Kejohanan Woodball Terbuka Dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2023 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra baru-baru ini.

“Kejohanan seperti ini perlu dilaksanakan berterusan supaya impaknya nanti dikecapi dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan serta melahirkan atlet yang berpotensi dan hebat,”tambah beliau lagi.

Untuk rekod kejohanan kali ini telah disertai oleh kira-kira 285 pemain daripada pelbagai kategori yang dipertandingankan termasuklah 20 pemain dari Kelab Woodball Sing Songkhla, Thailand. – SM

BACA Malaysia, Vietnam perkukuh kerjasama strategik bidang pertahanan, perbaharui MoU

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button