Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS pagi ini

RINGGIT terus dibuka rendah pada hari ini apabila Dolar AS semakin kukuh dengan jualan runcit AS Oktober meningkat lebih daripada jangkaan pertumbuhan 1.7% bulan ke bulan berbanding 1.4% pengembangan seperti yang dijangkakan oleh konsensus.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan dibuka 75 mata asas lebih rendah pada 4.1720 berbanding Dolar AS daripada 4.1645 pada penutupan semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit lebih tinggi berbanding Pound Britain pada 5.6005 daripada 5.6050 pada penutupan Selasa, meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.6341 daripada 3.6543, mengukuh berbanding Euro kepada 4.7235 daripada 4.7235, dan meningkat berbanding Dolar Singapura kepada 3.0740 daripada 3.0755 sebelumnya. – SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button