Politik

Mohamad Ariff buktikan beliau adil – Mat Sabu

PENYINGKIRAN bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof terus dibela Pakatan Harapan (PH) kerana disifatkan berjasa kepada negara.

Malah, beliau juga terus disifatkan sebagai adil dan tidak berpihak ketika menjalankan tugas sebagai pengerusi mesyuarat dalam Dewan Rakyat.

Sifat sedemikian dinyatakan Amanah sebagai sebahagian daripada PH yang tidak berpuas hati dengan penyingkiran Mohamad Ariff oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Semalam berkesempatan menyertai rakan rakan MP Amanah menziarahi mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusuf di kediaman beliau.

“Tan Sri Ariff telah membuktikan sifat beliau yang adil dan saksama dalam menguruskan persidangan Dewan Rakyat.

BACA > SPRM tidak buka siasatan kes lama kerajaan terdahulu, kecuali… — Suara Merdeka

“Tidak kira kepada blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Jasa beliau akan sentiasa diingati dan negara masih memerlukan khidmat beliau di masa hadapan.”

Demikian kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam Facebooknya malam tadi selepas menziarahi Mohamad Ariff di kediamannya.

Turut hadir bersama beliau adalah, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Selain itu, turut kelihatan dalam gambar yang dimuat naik dalam Facebook Mat Sabu adalah Naib Presiden, Hasanuddin Mohd. Yunus dan Setiausaha Agung, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli.

BACA > Najib tidak boleh hadir Parlimen – Mahkamah — Suara Merdeka

Pengarah Komunikasi, Khalid Abdul Samad juga dilihat hadir bersama dalam ziarah Ahli Parlimen daripada Amanah kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu.

Isnin lalu (13 Julai), usul penyingkiran Mohamad Ariff yang dikemuka oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Jun dibentang.

Bagaimanapun, ia ditentang pemimpin daripada pembangkang termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai tiada alasan kukuh.

Malah, usul tersebut turut dibantah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkannya sebagai amalan tidak demokratik.

Namun, penyingkiran tersebut berjaya dibuat dengan undian setuju sebanyak 111 dan 109 pula sebaliknya.

BACA > Pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat terus disindir — Suara Merdeka

Undian tersebut juga menyaksikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu. – SM

 

(Visited 596 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button