Ekonomi

MILO® dan Al-Ikhsan Sports menyemarakkan tenaga 15,000 pelajar kembali ke sekolah dengan selamat

Kemeriahan suasana di sekolah-sekolah menengah kembali dirasai bermula awal April lalu setelah tamatnya perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran di rumah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kedua.

Pembukaan semula sekolah amat dinanti-nantikan khususnya oleh para pelajar Tingkatan 1 yang teruja untuk memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan guru-guru dan rakan-rakan baharu, berikutan peralihan ke alam persekolahan menengah yang dialami secara dalam talian sebelum ini.

Meraikan detik yang istimewa ini, MILO® dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports telah menyemarakkan tenaga dengan menyampaikan titipan kit sempena musim kembali ke
sekolah kepada 15,000 pelajar di 10 buah sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur.

Setiap kit kembali ke sekolah ini mengandungi buku nota, pembersih tangan dan tisu basah untuk membantu para pelajar menghadapi sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah dengan selamat.

Di samping itu, MILO® Activ-Go Plus Fibre dibekalkan untuk para pelajar melengkapkan sarapan pagi di rumah supaya dapat memulakan hari dengan bertenaga, manakala bekalan MILO® UHT pula memastikan mereka kekal bertenaga dengan kebaikan MILO® di sekolah dengan mudah.

Para pelajar turut menerima baucar bernilai RM20 sumbangan Al-Ikhsan Sports yang boleh ditebus apabila membuat pembelian kelengkapan kembali ke sekolah di mana-mana kedai Al-Ikhsan Sports.

Titipan diedarkan ke sekolah-sekolah yang terbabit menerusi kiriman van MILO® ikonik dengan mematuhi protokol keselamatan yang ditetapkan, bermula 5 hingga 12 April lalu, menerusi kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara sekolah-sekolah yang terpilih termasuklah SMK Zon R1 Wangsa Maju, SMK Taman Seri Rampai dan SMK Bandar Tasik Selatan.

Berkongi kemeriahan minggu pertama persekolahan dengan para pelajar ini, Ng Su Yen, Pegawai Perniagaan Eksekutif – MILO®, Nestlé Malaysia Berhad mengulas, “MILO® sentiasa berada di sisi para pelajar yang memerlukan tenaga untuk menghadapi sesi persekolahan secara bersemuka sepenuhnya yang pastinya lebih padat setelah berbulan- bulan menjalani pembelajaran di rumah.

Walau keadaan semasa telah mengubah cara hidup kita, kepentingan menjaga pemakanan dengan baik tidak pernah berubah. Justeru, kami mengukuhkan peranan untuk berkongsi khasiat kebaikan MILO® dengan para pelajar supaya mereka dapat menzahirkan tenaga setiap hari demi mencapai potensi harian.”

Tambah beliau lagi, “Kesabaran, ketabahan serta sikap juara takkan gentar yang   ditunjukkan oleh para pelajar dalam mengharungi cabaran semasa juga harus diteladani. Kami dan rakan-rakan kerjasama di Al-Ikhsan Sports berharap sumbangan kami ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para pelajar ini untuk terus gigih berusaha dalam
tahun persekolahan yang baharu.”

Minuman berkhasiat yang dipercayai rakyat Malaysia selama lebih 70 tahun, MILO® diperbuat daripada kebaikan barli malt, susu dan koko serta gabungan unik 6 vitamin dan 3 mineral penting yang membantu membebaskan tenaga daripada makanan.

MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu pula menawarkan lebih lagi kebaikan, dengan 2.5 kali serat serta 50% kurang gula tambahan (sukrosa) berbanding MILO® Activ-Go biasa. Selari dengan
matlamat jenamanya, MILO® komited menyokong rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui pelbagai inisiatif sukan di peringkat akar umbi.

Sempena musim kembali ke sekolah, MILO® telah menjalinkan kerjasama dengan Al- Ikhsan Sports untuk membantu para pelajar kembali ke sekolah dengan selamat.

Al-Ikhsan Sports menyediakan keperluan asas kembali ke sekolah dengan harga berpatutan, di mana terdapat lebih 100 produk dengan harga serendah RM15.

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button