fbpx
BeritaEkonomi

QSR rancang jual KFC dan Pizza Hut

QSR Brands (M) Holdings Bhd. pemilik rangkaian restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut bercadang untuk menjual perniagaannya di Asia Tenggara selepas membatalkan langkah penyenaraian di bursa saham awal tahun ini.

Bloomberg melaporkan pemegang saham utama Malaysia termasuk firma ekuiti CVC Capital Partners, sedang berbincang dengan perunding bagi mengenal pasti pembeli yang berpotensi untuk mengambil alih kepentingan QSR.

Penjualan itu dijangka bernilai  RM6 billion ($1.4 billion), dan setakat ini tiada maklumat lanjut didedahkan.

Laporan tersebut juga memaklumkan tiada jurucakap dari QSR, CVC, EPF dan Johor Corp mengulas langkah berkenaan.

QSR mengendalikan 830 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja serta Kemboja, 470 rangkaian Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.


Show More

Related Articles

Back to top button