Ekonomi

Hasil jualan suku kedua Leon Fuat meningkat 35.8 peratus

SHAH ALAM 29 Ogos – Leon Fuat Bhd (Leon Fuat) merekodkan

peningkatan 35.8 peratus hasil jualan ke RM250.93 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM184.78 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Pengilang dan peniaga produk keluli yang mengkhusus dalam keluli bergulung panjang dan rata dalam kenyataannya berkata,
keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tempoh dikaji ialah RM18.04 juta, penurunan 57.6 peratslus dari RM42.57 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Manakala keuntungan selepas cukai (PAT) RM14.02 juta, yang merupakan penurunan 56.3 peratus dari RM32.12 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Leon Fuat Calvin Ooi Shang How berkata, pihaknya menyaksikan hasil jualan keseluruhan yang lebih tinggi dengan peningkatan sumbangan daripada perdagangan dan pemprosesan produk keluli, tetapi gabungan margin keuntungan kasar keseluruhan yang lebih rendah dan susut nilai inventori sebanyak RM13.88 juta pada suku semasa apabila inventori tertentu ditimbang dengan anggaran nilai boleh direalisasikan menyebabkan kelemahan PBT.

“Prospek ekonomi global kekal tidak menentu berikutan gabungan faktor penguncupan China, perang Rusia-Ukraine dan dasar monetari yang lebih ketat sebagai respon kepada inflasi. Walaupun ekonomi domestik setakat ini telah mengharungi cabaran dengan gabungan eksport yang berdaya tahan dan penggunaan swasta, ketidaktentuan kekal kerana potensi risiko daripada gangguan rantaian bekalan dan kenaikan harga komoditi yang menyebabkan tekanan inflasi.” katanya lagi.

Bagi enam bulan berakhir 30 Jun lalu, Leon Fuat mencatatkan peningkatan hasil jualan 32.2 peratus ke RM523.95 juta berbanding RM396.26 juta yang dicatatkan dalam enam bulan berakhir 30 Jun 2021.

“Kami berwaspada terhadap prospek untuk suku-suku tahun ini yang akan datang memandangkan cabaran-cabaran tersebut terutamanya dengan kemerosotan harga keluli dan mata wang ringgit yang lebih lemah,” katanya.

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button