fbpx
Hiburan

Miera Leyana kini bergelar isteri ahli perniagaan

PELAKON filem Lebuhraya Ke Neraka, Miera Leyana selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Rosland Othman, 40an di sebuah hotel di ibu negara, malam semalam.

Miera, 27 yang juga anak kepada Datuk Seri Kasmi Arsat selamat dinikahkan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT kerana akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

BACA> ‘Sugu Pavithra’ buat kemunculan semula.

“Secara jujurnya, saya tak sangka akan mengahwini seorang lelaki yang pada awalnya hanya sekadar teman baik. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya sangat selesa berkawan dengannya,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.


Menurut Miera, mereka mula berkenalan dalam sebuah majlis pelancaran empat tahun lalu.

Berkongsi detik indah, dia terkejut apabila Rosland meluahkan isi hati dan melamarnya sebagai isteri pada Mei lalu.

BACA> Hukuman tembak sampai mati jika tonton drama Korea Selatan

Dalam majlis yang bertemakan klasik dan moden, Miera anggun mengenakan busana putih perak manakala Rosland segak menggayakan persalinan rona sama, hasil sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button