Hiburan

Michael Ang nak bagi RM500 pada 10 individu yang buat kawalan kendiri

Penerbit dan pengarah popular, Michael Ang menawarkan RM500 seorang buat 10 individu yang melakukan self lockdown.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Michael menerusi Instagram miliknya.

“Saya sedang mencari 10 orang yang dapat buktikan to me mereka yang dapat lakukan self lockdown sampai 8 Jun dan saya akan bagi RM500 seorang.

“Pada yang nak be creative untuk buktikan kat I yang U lakukan self lockdown from today sampai 8/6 dan hantarkan kat IG I and 10/6 i bagi duit tu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Michael menyatakan apa yang dilakukan ini bukan semata-mata mahu menjadi terkenal atau meraih populariti.


Ujarnya, dia membuat tawaran sedemikian kerana mahu menggalakkan rakyat Malaysia melakukan self lockdown.

“Ini bukan aku nak buat content atau nak jadi famous atau I nak jual product. Cuma harap apa i mampu buat untuk encourage orf Malaysia self lockdown.

“Kalau posting ni dapat buat 100 org lakukan self lockdown pun I dah bersyukur! We can do this Malaysian! Luv u all n be safe!” jelasnya. -SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button