Rencah Hidup

Mesej ajak bermain judi dalam talian

DALAM keadaan getir melanda rakyat Malaysia dan seluruh dunia gara-gara wabak COVID-19, ada pihak yang biadap dan mengambil kesempatan dengan mesei melalui WhatsApp ajak main judi

Mungkin dalam kalangan pembaca SUARA MERDEKA menerima mesej dari nombor +23470555095 dengan pesanan berbunyi:  Welcome To MGM CASINO. KAMI TERIMA BANK TRANSFER ATAU DIGI RELOAD Digi Reload PAKCAGE A Welcome Bonus 20% (TOPUP 30 KEATAS) MIN CUCI X5

PAKCAGE B NO BONUS (CUCI 100%) MIX/MAX CUCI X10

Mesej yang dihantar itu panjang berjela yang mana, kalau tidak silap penulis, mengajak penerima mesej berjudi.

Lengkap dengan ayat: PERHATIAN. KALAU KAMI TERJUMPA ADA MAIN GAME YANG TAK DAPAT MAIN, KAMI AKAN BANNED SEMUA CREDIT ANDA LANGSUNG TIDAK BAYAR!!!

Penghantaran mesej seperti yang disebutkan di atas dibuat secara otomatik dan seharusnya pihak Komunikasi dan Multimedia pantau keadaan penyebaran mesej seperti ini.

Lebih baik mesej berbaur peringatan duduk di rumah, jaga jarak sosial, jaga kesihatan diri dan keluarga dihantar kepada penerima secara rawak.

Bukannya menghantar mesej yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang terjebak dengan mesej mengajak permainan dalam talian atau judi online seperti yang diterima oleh penulis.

Oleh itu, berhati-hatilah dan jangan terjebak. – SM

(Visited 1,363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button