BeritaNasionalRencah HidupRencana

Oh Tuhan, Kuatkan Semangat Para Pendidik Dalam Alam Pendidikan Ini – Cikgu Bibi

Budaya “Please Help Me to Do”, “Tolong Jawab Semua untuk Saya” semakin melampau dalam kalangan murid.
Mereka malas memerah otak untuk mencari jawaban sendiri.

Mereka mengambil jalan pintas untuk mendapatkan jawaban tanpa sebarang cubaan dalam media sosial.

Mereka menyalin dan mengaku hasil kerja orang lain sebagai titik peluh sendiri agar menyiapkan tugasan dengan cepat.

Mereka tidak menyedari kesalahan sendiri dan hanya menyalahkan pihak lain apabila ditegur.
Oh Tuhan, kuatkan semangat para pendidik dalam alam pendidikan ini. Sakit hati betul.

Grup Calon Pendidikan Moral ini ditubuhkan sejak tahun 2012 secara sukarela untuk membimbing murid yang bakal menduduki mata pelajaran PM SPM.


Terdapat 4k calon berada di dalam grup ini. Saya selalu mengingatkan murid untuk mencuba dahulu sebelum bertanya supaya murid dapat sedar akan kelemahan sendiri.

Memang saya sedia membimbing setiap murid yang mendahagakan tunjuk ajar. Cuma yang mengecewakan ialah murid ini hanya menghantar gambar tugasan yang diberikan gurunya dan mengharapkan jawaban lengkap daripada saya untuk disalin.

Saya menasihatinya supaya menuntut ilmu dengan cara yang betul akan tetapi murid tersebut tidak setuju.

Sebagai guru, sekiranya kita tidak menegurnya, siapakah yang akan menegur dia lagi? Banyak masa saya berkorban untuk mendidik anak murid walaupun tidak dikenali.

Sebagai pendidik, kita bukan sahaja membimbing murid-murid dari segi akademik tetapi juga patut mengutamakan sahsiah dan adab. Lagi-lagilah mata pelajaran Pendidikan Moral.

Maafkan saya sekiranya saya terlalu tegas dalam bab ini 🙏🏻😢

Kredit: BiBi Lim

(Visited 78 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button