Pendidikan

Menteri siasat sendiri sekolah periksa haid pelajar

TINDAKAN pihak sekolah membuat pemeriksaan haid secara fizikal terhadap murid dipandang serius oleh
Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Tanpa bertangguh, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Kuching, Dr. Radzi terus menuju ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlakunya amalan tersebut.

“Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut.

“Sekiranya ada amalan sebegini di mana-mana institusi KPM, kami komited untuk memastikan ianya tidak terus berlaku,” katanya.

Dr. Radzi mendengar sendiri secara terus daripada murid di sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu.

Beliau turut mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah terbabit.

“KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama.

“Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya.

Dr. Radzi berkata, Kementerian Pendidikan akan memperhalusi segala maklumat yang diperolehi bagi tindakan lanjut.-SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button