NasionalPendidikanpilihan

Jom meriahkan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 di Sungai Petani!

Ekspo tersebut akan diadakan mulai 23 Jun (Khamis) hingga 25 Jun (Sabtu) 2022 di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan Ekspo Institusi Pendidikan TVET 2022 di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani bertemakan “Mertabat Kemahiran, melestari Komuniti Keluarga Malaysia”.

Ekspo tersebut akan diadakan mulai 23 Jun (Khamis) hingga 25 Jun (Sabtu) 2022 merupakan acara tahunan KPLB sejak tahun 2019 yang bertujuan untuk mempromosi kesedaran, menarik minat dan meningkatkan pengambilan atau kemasukan pelajar baharu.

Bagi tahun 2022, tahun keempat penganjuran, Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 diteruskan untuk memperkasa agenda TVET nasional menerusi kempen, promosi serta penjenamaan semula secara komprehensif, selaras dengan insiatif-inisiatif di bawah Majlis TVET Negara (MTVET).

Ekspo ini diadakan secara hibrid yang mana pengisian program-program sepanjang Ekspo berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Penganjuran Ekspo ini bertepatan dengan Minggu TVET Negara yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Jun 2022.

Justeru, penganjuran Ekspo ini melibatkan kerjasama 280 Institusi Pendidikan TVET@KPLB di bawah tujuh (7) agensi KPLB iaitu KEMAS, JAKOA, MARA, PERDA, KEDA, KETENGAH dan RISDA.

KPLB mensasarkan 100,000 orang pengunjung (fizikal dan dalam talian) sepanjang Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 berlangsung.

Majlis Perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 akan diadakan pada 23 Jun 2022 (Khamis), jam 3:00 petang yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Manakala Majlis Penutup pula akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu), jam 2:30 petang oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Sri Abdul Rahman Abdullah.

Orang ramai dan lepasan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, boleh juga melayari secara dalam talian melalui portal Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB Tahun 2022 serta media sosial rasmi Kementerian KPLB iaitu Facebook rasmi KPLB, Instagram rasmi KPLB dan Twitter rasmi KPLB. – SM

Artikel berkaitan > Belia harus persiapkan diri, TVET pemacu pembangunan ekonomi negara

 

(Visited 903 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button