EkonomiNasional

Bank Rakyat rai pemenang ‘Kempen Gempak Bonanza 2020’

SERAMAI 14 orang pelanggan produk pembiayaan Bank Rakyat diumumkan sebagai pemenang Kempen Gempak Bonanza 2020 yang berlangsung dari 16 Disember 2019 hingga 16 Mac 2020 lalu menerusi platform digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, kempen ini yang diperkenalkan sempena bagi menyambut tahun baharu 2020, bertujuan bagi memenuhi impian pelanggan setia Bank Rakyat menerusi hadiah lumayan yang ditawarkan berjumlah RM500,000.

“Selepas 66 tahun beroperasi, kami amat terharu dengan sambutan dan sokongan berterusan daripada pelanggan terhadap perkhidmatan dan juga produk pembiayaan Bank Rakyat,” katanya pada sesi pengumuman pemenang Kempen Gempak Bonanza 2020 yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.

Buat julung-julung kalinya, ia mengumumkan barisan pemenang bagi kempen secara dalam talian bersama cawangan Bank Rakyat di seluruh negara bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Bank Rakyat sentiasa memikirkan pelbagai inisiatif baharu bagi memenuhi kehendak pelanggan masa kini dan akan datang. Kami berharap agar kempen ini dapat diteruskan dengan lebih banyak hadiah dan tawaran yang hebat,” ujar Rosman.

Kempen ini menyaksikan Hoe Shi Kai, pemilik HKN Auto Service Centre yang melanggan Pembiayaan Industri Kecil Sederhana (IKS)  memandu pulang trak pacuan empat roda, Ford Ranger Raptor, diikuti Rashidah Mat Petah dari Temerloh, Pahang yang melanggan Pembiayaan Kenderaan-i membawa pulang sebuah kereta Proton X70.

Manakala, Muhammad Lokman Abdul Rahman, Noor Azliza Aziz dan Mohd Huzaimi Md Lathafi yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat memenangi hadiah wang tunai bernilai RM36,000.

Sementara itu, Abdul Muhaimin Jamaludin, Nordin Jafar dan Muhamad Farid Yusof yang melanggan Pembiayaan Perumahan-i  telah dipilih sebagai tiga pelanggan bertuah yang memenangi wang tunai berjumlah RM30,000 setiap seorang.

Menerusi Pembiayaan Mikro-i, tiga individu iaitu Nazrulnaim Abdul Jabar, Mohamad Nizam Mohd Salleh dan Shazuwati Omar yang mana masing-masing berasal dari Selangor, Johor dan Kedah turut berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Manakala tiga lagi pelanggan bertuah iaitu Mohamed Hisham Haja Kamaludeen, Faridah Mohd Yusop dan Rezam Saad telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 menerusi langganan Pembiayaan Pajak Gadai-i. – SM

(Visited 487 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button