Ekonomi

Bank Rakyat perkenal platform Sandbox, pacu inovasi kewangan Islam

BANK RAKYAT memperkenalkan platform Sandbox bagi menyediakan peluang kepada para pembangun teknologi kewangan (FinTech) yang berminat untuk mencipta dan menguji idea baharu dalam memacu kelestarian pembangunan masa hadapan sektor kewangan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, Bank Rakyat Sandbox merupakan gerbang inovasi yang menyediakan keupayaan teknologi dalam persekitaran yang selamat dan terjamin untuk menghasilkan produk serta perkhidmatan kreatif yang menyumbang kepada perubahan transformatif dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman

“Platform ini dibangunkan bagi membolehkan para pembangun FinTech yang berminat untuk bekerjasama dalam persekitaran maya yang sama, bertukar kepakaran dan menguji cuba idea baharu untuk menangani jurang serta membuka peluang baharu yang memberi manfaat kepada sektor kewangan Islam.”

“Ini termasuk penyelesaian berasaskan teknologi terkini yang mampu menambah baik akses, kecekapan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan kewangan secara inklusif dan komprehensif termasuk menyokong keperluan penyediaan produk dan perkhidmatan patuh syariah,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif ini yang mana bertepatan dengan usaha transformasi digital berterusan Bank Rakyat dan nilai daya cipta MADANI turut membolehkan integrasi teknologi dalam membangunkan perkhidmatan dan produk perbankan yang efisien serta memenuhi kehendak semasa pasaran.

“Memiliki idea yang hebat sahaja belum cukup untuk membangunkan produk. Justeru, para pembangun FinTech perlu berupaya membangunkan Produk Minimum Berdaya Maju (MVP) agar dapat menarik minat pelabur dan pembiaya sebenar.”

“Menerusi pengenalan Sandbox daripada Bank Rakyat ini dapat membantu para pembangun FinTech yang mempunyai idea inovatif untuk menjalinkan kerjasama bersama Bank,” kata Mohammad Hanis.

Untuk maklumat lanjut berkenaan platform ini, para pembangun fintech boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454 atau e-mel kepada [email protected]. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perkenal Kad Kredit-i untuk warga PDRM

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button