Sukan

MBPJ taja atlet menara, bantu kekalkan kejuaraan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan atlet pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching bagi mempromosi bandar raya ini kepada masyarakat dunia.

Melalui MoU yang ditandatangani hari ini, MBPJ memberikan tajaan sejumlah RM75,000 kepada Soh Wai Ching bagi meneruskan penyertaan beliau di peringkat antarabangsa dan seterusnya mengekalkan kejuaraan yang disandang sebelum ini.

Tujuan MoU diadakan bertujuan untuk mempromosikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar RAYA yang Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan dan pada masa menjadikan bandar raya Petaling Jaya sebagai sebuah destinasi pelancongan yang boleh dilawati oleh pengunjung seluruh dunia yang menyediakan lokasi-lokasi pelancongan menarik, kepelbagaian jenis makanan dan kemudahan-kemudahan lain kepada pengunjung.

Bandar Raya Petaling Jaya juga dijadikan Pusat Latihan Larian Menara yang ulung untuk melatih anak-anak muda Petaling Jaya menceburi bidang ini dan melahirkan ramai atlet jaguh larian menara daripada anak jati Petaling Jaya.

Persetujuan bersama MoU yang ditandatangani hari ini bagi memastikan syarat-syarat dan terma bersama yang perlu dipenuhi seperti Sentiasa memakai baju/jersi berlogo MBPJ pada setiap pertandingan larian menara di dalam dan di luar negara, di setiap sesi temu ramah dalam dan di luar negara.

Selain itu, Wai Ching akan membawa bendera MBPJ dan slogan “Petaling Jaya Love You” di setiap sesi penyampaian hadiah selepas pertandingan, dan di setiap ceramah kepada mana-mana pihak selain menghadiri dan memberi tiga sesi ceramah motivasi dianjurkan oleh MBPJ ke sekolah di kawasan Petaling Jaya, menjadi duta rasmi kepada MBPJ dan sentiasa mempromosikan MBPJ kepada orang ramai; dan memberi keutamaan kepada MBPJ dalam penyiaran setiap aktiviti di semua media sosial yang digunakan berkaitan dengan aktiviti yang ditaja.

Terdahulu pada September 2022 pihak Majlis telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan beliau bagi menaja penyertaan beliau ke kejohanan larian menara di seluruh dunia sebanyak RM100,000 bermula 1 Ogos 2022 sehingga 31 Julai 2023.

Sepanjang tempoh penajaan tersebut, beliau telah menyertai banyak kejohanan dunia dan tempatan.

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button