BanjirNasional

Banjir Pahang, Johor kritikal

HUJAN sejak seharian bermula awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan utama di Pahang dan Johor ditenggelami air.

Di Pahang, beberapa jalan terputus hubungan apabila sebahagiannya dinaiki air terutama di kawasan Gambang, Kuantan, Jengka, Bentong dan Raub.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, beberapa rumah di Kuantan dilihat ditenggelami air terutama di kawasan Gambang.

Sementara di Jengka pula menyaksikan cubaan berani penunggang dan pembonceng sebuah motosikal cuba meredah arus deras banjir menyebabkan terjatuh.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka selamat namun cubaan menyelamatkan motosikal daripada hanyut gagal.

Sementara Jalan Lama Bentong – Raub dimakumkan berlaku tanah runtuh mengakibatkan jalan tersebut terputus pada jarak lebih 50 meter.

Sementara itu, jalan yang mehubungkan Gua Musang, Kelantan dan Cameron Highland, Pahang turut terputus hubungan apabila arus deras mencurah dari bahagian atas bukit merintangi kedua-dua laluan tersebut.

Sementara di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kilometer (KM) 198 berhampiran Gambang dan Maran, Kuantan, syarikat konsesi pengendalinya memaklumakn sebahagian lebuh raya itu ditenggelami air.

Dalam pada itu, di Johor pula beberapa kawasan dilaporkan mengalami situasi serupa di Pahang ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Menerusi makluman netizen dalam media sosial juga, beberapa kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Kota Tinggi dan Batu Pahat turut ditenggelami air.

Di Johor Bahru, beberapa kawasa seperti Tampoi dan Skudai ditenggelami air. Malah, Jalan Skudai berhampiran kawasan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) ditenggelami air disifatkan netizen sebagai kejadian yang jarang berlaku.

Kejadian serupa juga dilaporkan di pusat bandar Johor Bahru apabila banjir turut menenggelamkan beberapa pejabat kerajaan serta kenderaan seperti kereta dan motosikal.

Di Kota Tinggi pula, beberapa buah bangunan rumah, kedai dan jalan raya ditenggelami air hampr satu meter akibat limpahan air Sungai Johor.

Selain itu, air pasang dan ombak besar turut dilapor melanda kawasan pantai sekitar Kota Tinggi.

Mangsa banjir dilaporkan melebihi 5,000 orang dan diarah berpindah di Pusat Penempatan Sementara (PPS) berhampiran kawasan tempat tinggal masing-masing.

Dalam perkembangan terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran hujan lebat di Pahang dan Johor dijangka berlarutan hingga hari esok. – SM

(Visited 1,133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button