NasionalPendidikan

19 April cuti khas tambahan semua sekolah sempena Aidilfitri

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti khas tambahan bagi semua sekolah sempena sambutan Aidilfitri pada minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru membuat persiapan menyambut 1 Syawal.

“Keputusan ini untuk memudahkan urusan guru dan ibu bapa terutama yang bertugas di negeri lain yang terpaksa merentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri,” katanya dalam satu majlis seperti dilaporkan FMT.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa KPM memberi cuti khas kepada guru pada 19 April ini kerana Aidilfitri dijangka jatuh pada 21 April ini bersamaan hari Jumaat.

Andaian semasa perancangan cuti untuk Aidilfitri ialah 22 April ini tetapi Pusat Astronomi Antarabangsa berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu meramalkan1 Syawal mungkin jatuh pada 21 April. – SM

BACA Kes pecah rumah musim Aidilfitri di Melaka tunjuk peningkatan

BACA RM700 untuk penjawat awam sambut Aidilfitri – Anwar Ibrahim

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button