Jenayah

Kes pecah rumah musim Aidilfitri di Melaka tunjuk peningkatan

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 17 Mei – Kes pecah rumah sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri menunjukkan peningkatan sebanyak
10 peratus kata Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Menurutnya, sebanyak 79 kes yang direkodkan berbanding 72 kes pada musim perayaan antara 3 hingga 23 Mei
tahun lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 18 kes yang berlaku pula melibatkan kekerasan terhadap
mangsa termasuk mencederakan, merogol dan samun berkumpulan.

“Sepanjang tempoh daripada 25 April hingga 15 Mei lalu, terdapat 79 kes pecah rumah direkodkan dengan 18
daripadanya berlaku kekerasan berbanding 16 kes pada tahun lalu dengan satu kes bunuh.

“Daripada 18 kes melibatkan jenayah kekerasan adalah sebanyak 12 kes, samun berkawan tanpa senjata api
(3), rogol (2) dan samun tanpa senjata api satu kes,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Nordin.

Zainol berkata, mengikut pecahan, kes pecah rumah curi (PRC) merekodkan sebanyak 33 kes, curi (14), curi
motosikal (13) dan curi kereta (1).

Ujarnya, pada tahun lalu sebanyak 56 kes direkodkan dengan kes PRC paling tinggi iaitu sebanyak 21 kes,
curi (18 kes) dan curi motosikal (17).

 

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button