Alam SekitarNasionalNegeri

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail: “Pilot project” melestarikan teknologi hijau

MASJID Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipilih sebagai “pilot project” melestarikan teknologi hijau menerusi program Rumah Ibadat Hijau (RIH) di Perlis.

Malam tadi, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan merasmikan masjid baharu ini yang terletak di Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais berkata, ia akan menjadi contoh kepada 101 buah masjid yang ada di Perlis bagi program RIH.

Ruzaini Rais mencuba basikal elektrik sambil diperhati Shamsul Bahar Mohd Nor (tengah) dan Rezalfande Che Ismail selepas pelancaran Karnival dan Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar Peringkat Masjid di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini.

Ruzaini berkata, pihaknya juga bercadang akan memperkembangkan program RIH ini pada peringkat Parlimen dahulu.

“Kita menyambut baik program RIH kerana ia dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik, air serta pembebasan karbon bermula dari masjid,” katanya pada sidang media.

Sebelum itu Ruzaini melancarkan Karnival dan Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar Peringkat Masjid di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Ts Shamsul Bahar Mohd Nor dan Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Ir. Dr. Rizalfande Che Ismail.

Program ini anjuran MGTC dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan UniMAP.

Sementara itu, Shamsul Bahar berkata, program RIH ini dijangka akan membantu menjimatkan bil elektrik, air dan dalam lingkungan antara 10 sehingga 20 peratus bagi setiap masjid.

“Dengan penjimatan ini akan dapat digunakan untuk pengisian pelbagai program keagamaan dan dakwah di masjid,” katanya.

Shamsul Bahar berkata, pihaknya yang juga melaksanakan Tabung Wakaf Masjid Hijau dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Sehubungan itu, pihaknya menyasarkan kutipan dana ini sebanyak RM1 juta setahun.

Beliau berkata, dana ini diperlukan bagi membangunkan teknologi hijau di masjid yang memerlukan. – SM

(Visited 570 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button