Nasional

Tujuh warga asing ditahan terlibat kes penipuan pelaburan atas talian

SEBANYAK tujuh individu warganegara asing ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan pelaburan atas talian.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Mont Kiara pada semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Isham berkata, siasatan awa mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak Mac lalu dan mensasarkan mangsa dari negara Korea.

“Selain tangkapan, kita turut merampas 14 monitor, central processing unit (CPU), 14 telefon bimbit dan barangan lain.

“Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 15 September depan,” katanya. -SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button