Nasional

MASA lantik Dr. Khalid sebagai Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan

INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) telah melantik YBhg. Dr. Khalid bin Abdul Hamid, 61 tahun, sebagai Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan badan pemikir bebas berkuat kuasa hari ini, 3 April 2023.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dan mempunyai kepakaran serta berpengalaman luas dalam penyelidikan pelbagai bidang khususnya ekonomi dan sosial.

Beliau pernah bertanggungjawab mengetuai penyediaan kertas-kertas dasar, laporan dan dokumen berkaitan ekonomi, kewangan serta sosial termasuk input untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut Ketua Pegawai MASA, Azril Mohd Amin, Dr. Khalid sering dijemput membentangkan kajiannya tentang Pasaran Tenaga Bersepadu di Asia Tenggara yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Brunei dan Jakarta pada 2011.

MASA berharap dengan kepakaran dan pengalaman yang beliau miliki mampu membawa institusi ke arah yang cemerlang dan lebih tinggi sebagai badan pemikir yang berwibawa. -SM

 

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button