Nasional

UPSI jadi tumpuan peserta World Rugby Training & Education Superweeks

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi tuan rumah World Rugby Training & Education Superweeks yang berlangsung selama empat hari di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Proton City.

Program ini juga merupakan sebahagian dari usahasama Akademi Ragbi Malaysia (ARM) bersama UPSI yang telah dilancarkan pada April 2021.

Program latihan dan pendidikan yang berlangsung dari 30 Ogos sehingga 2 September itu menyaksikan wakil dari persatuan-persatuan ragbi dunia menyertainya iaitu Africa Rugby Union(Botswana), Philippine Rugby Union, Hong Kong Rugby Union, Indonesia Rugby Union, Iran Rugby Federation, Singapore Rugby Union serta Malaysia Rugby.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff , program empat hari itu diadakan bertujuan untuk memastikan kesinambungan dalam program pembangunan sukan ragbi dapat diteruskan dengan mengambilkira keseluruhan aspek dan skop dalam sukan berkenaan.

Sebahagian peserta program World Rugby Training & Education Superweeks di Kampus Sultan Azlan Shah, proton City.

Menurut beliau program-program seumpama ini amat sinonim dengan UPSI seiring dengan status dan fokus dalam bidang pendidikan.


“Program ini dilaksanakan sebagai hasil Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangi bersama Asia Rugby tahun lepas yang secara tidak langsung dapat merealisasikan hasrat untuk melaksanakan program bersama World Rugby.

Sepanjang program berkenaan, katanya, peserta turut menjalani beberapa kursus yang pertama kali dijalankan di Asia iaitu Master Trainer Course, Female Trainer Course serta Female Educator Course.

Selain itu program diakhiri dengan sesi yang melibatkan lima Module World Rugby untuk panduan 72 peserta dari seluruh Malaysia iaitu Level 1 Coaching 15’s, Level 1 Match Officiating 15’s, Level 1 Strenght & Conditioning, Level 1 Fair serta Activate.

Beliau berkata UPSI memiliki pelbagai kemudahan sukan peringkat nasional dan antarabangsa sehingga menarik perhatian pelbagai pihak untuk datang melaksanakan program sukan di universiti pendidikan tersohor itu.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button