fbpx
Berita

MAPIM sokong Gambia fail kes ke ICJ jenayah genosid Myanmar ke atas Rohingya

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya inisiatif Republik Gambia untuk memfailkan kes tuntutan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ( genocide ) oleh Myanmar di Rohingya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa ( ICJ ).

Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini adalah tindakan undang-undang yang ditunggu-tunggu terhadap kerajaan Myanmar selama beberapa dekad kerana penindasan terhadap etnik Rohingya.

Katanya, Myanmar telah menegaskan bahawa mereka tidak bersalah dalam operasi ketenteraannya yang telah memangsakan etnik Rohingya yang tidak berdaya, pembunuhan dan pengusiran paksa ratusan ribu Rohingya.

“Akibatnya etnik Rohingya menjadi etnik yang paling dianiaya di dunia. Rohingya sekarang berada dalam keadaan tidak ada masa depan.

“Mereka terperangkap di kem IDP dan kem-kem tahanan di Rakhine dan Bangladesh,” katanya dalam kenyataan.


Etnik Rohingya, kata beliau, mesti diberikan keadilan diatas penindasan yang mereka alami selama beberapa dekad.

Mereka, ujar Mohd Azmi yang bertanggungjawab atas kekejaman, pembunuhan beramai-ramai seluruh masyarakat minoriti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dihadaplan ke mahkamah.

“Membiarkan kejahatan terhadap kemanusiaan oleh ketenteraan Myanmar dengan skala sebesar ini, jika tidak dihukum akan memusnahkan imej undang-undang antarabangsa,” kata beliau .

Tambah beliau, pelanggaran dan kegagalan Myanmar mematuhi kewajibannya dalam Konvensyen Genosid, harus disiasat berdasarkan berbagai kesaksian yang telah didokumentasi dan laporan yang direkod.

“Kami berharap semua bukti yang akan dibentangkan dalam proses penyiasatan di ICJ tidak akan dihalang oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan politik untuk mempertahankan pelaku jenayah.

“Kami dimaklumkan bahawa Gambia telah diberi mandat oleh OIC untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Myanmar.

“Ini paling dialu-alukan yang harus dilihat sebagai desakan kemanusiaan untuk keadilan buat etnik Rphingya merentasi sektarianisme, agama dan komunal,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button