BeritaNasionalPendidikan

UniMAP, dua universiti India tandatangan MoU

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan dua buah universiti di Republik India, semalam.

Noraini juga menyaksikan jalinan kerjasama di antara UniMAP dengan Amity University Uttar Pradesh (AUUP) dan Indira Ghandi Delhi Technical University for Women (IGDTUW) sempena lawatan kerja rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke India.

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dengan Pendaftar AUUP Dr. B. L. Arya.

Manakala IGDTUW diwakili Naib Canselornya Prof. Dr. Amita Dev yang turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri Kerajaan NCT Delhi, Shri Manish Sisodia di majlis yang berbeza.

Prof. Dr. Zaliman berkata, menerusi MoU berkenaan UniMAP akan bekerjasama dengan kedua-dua universiti berkenaan dalam membangunkan penyelidikan berkualiti khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan Sains Data.


Ujarnya, sebelum ini UniMAP dan Aminity sudah bekerjasama sejak November 2020 menerusi Pakar AI UniMAP, Prof. Madya Ts. Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus yang dilantik Ahli Seumur Hidup Makmal Penyelidikan Rangkaian Universiti Amity (AUN).

“MoU ini bukan sahaja berfokus kepada penerbitan penyelidikan tetapi juga akan diperluaskan bagi melahirkan pelajar pasca siswazah, penerbitan buku, perjanjian perlesenan, pendaftaran harta intelek dan pengetahuan baharu yang memberi manfaat kepada komuniti,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Republik India,

Datuk Hidayat Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Tambah Prof. Dr. Zaliman, kerjasama dengan IGDTUW juga membabitkan program pertukaran staf akademik, program mobiliti pelajar, penyeliaan, penyelidikan dan persidangan bersama.

“Antara kerjasama berkenaan ialah Program Ijazah Berkembar Pasca Siswazah melalui kaedah dwi-ijazah iaitu penganugerahan dua ijazah bagi kedua-dua institusi yang akan memberi satu nilai tambah kepada bakal graduan dengan memiliki dua ijazah daripada dua universiti dan negara berbeza,” katanya. – SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button