BeritaNasional

100 peserta klinik bola sepak NuriSportrevo timba pengalaman Safiq Rahim

Seramai 100 ahli Kelab Nuri Bank Rakyat berpeluang berlatih serta menimba pengalaman daripada bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim serta jurulatih profesional, bagi mempelajari skil dan teknik bola sepak, menerusi program Klinik Bola Sepak NuriSportrevo di Stadium Tuanku Syed Putra.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata program ini merupakan usaha Kelab Nuri untuk melahirkan pelapis dalam arena sukan bola sepak negara, yang dirasmikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Nizam Sani

Beliau berkata inisiatif itu juga kesinambungan daripada program Karnival Bola Sepak Nuri-Sportrevo 2019 di Pusat Sukan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Taman Melawati, yang diadakan 2 Nov lepas.

“Penganjuran program ini merupakan salah satu aktiviti bagi ahli Kelab Nuri dengan kerjasama Sportrevo untuk bersama-sama membudayakan sukan dalam kalangan pelajar,” katanya kepada Bernama.

(Visited 30 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button