BeritaLuar Negara

Pendapatan 500 orang terkaya dunia meningkat 25 peratus

Jurang pendapatan tidak seimbang

WALAUPUN berlaku ketidaktentuan dalam ekonomi global sejak beberapa tahun kebelakangan ini ditambah pula dengan situasi geopolitik, 500 individu terkaya berjaya meningkatkan pendapatan mereka pada 2019.

Malah 400 daripada mereka dilaporkan berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak tiga kali ganda sejak 1980-an.

Mungkin ia boleh menjadi satu inspirasi buat setiap usahawan, namun hal berkenaan dibimbang menjadi faktor kepada ketidakseimbangan pendapatan antara kaya dan miskin.

Dalam erti kata lain, ia mungkin meluas dan mendalamkan lagi jurang pendapatan antara dua darjat terutama di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi laporan portal Huffington Post hari ini yang memetik kenyataan daripada Bloomberg Billionires Index, pada tahun ini sahaja kesemua 500 orang tersebut meraih 1.2 trilion Dollar AS (USD) bersamaan dengan RM4.95 trilion.

Menduduki tangga teratas adalah pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos diikuti dengan pemilik Microsoft, Bill Gates.

Sementara Mark Zuckerberg yang mengasaskan Facebook menduduki tangga kelima.

Bagaimanapun, laporan ini akan menjadi tamparan hebat dalam penyelesaian isu jurang pendapatan menjelang pilihanraya Presiden AS pada 2020.

Menurut portal itu lagi, dua billionair dijangka bertanding dalam pilihanraya itu iaitu Tom Steyer dan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg (pemilik Bloomberg News).

Selain itu turut dijangka akan berada dalam gelanggang adalah Sens. Bernie Sanders (I-Vt.) dan Elizabeth Warren (D-Mass.).

Kedua-dua billionaires itu adalah pesaing bagi Steyer dan Bloomberg dalam perniagaan selain disifatkan sebagai orang yang lantang mengkritik dasar ekonomi dan politik.

Antara yang ditekankan dalam kritikan tersebut adalah ketidakseimbangan pendapatan dalam masyarakat.

Warren dalam manifestonya dijangka akan mengenengahkan kaedah bagi mengawal kekayaan melampau dengan pengenalan cukai khas dua peratus bagi setiap 50 juta USD untuk mengimbangi pendapatan.

Dalam pertemuan dengan Los Angeles Times, Warren turut dilaporkan akan memberi penekanan terhadap kadar pengangguran dan pendapatan tidak seimbang yang sudah berlarutan sejak beberapa dekad lalu. – Agensi

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button