Nasional

Malaysia jadi ‘guinea pig’ dadah Remdesiovir

Usaha pencarian penawar wabak COVID-19

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia sebagai salah satu negara untuk dijadikan medan uji kaji sejenis dadah baharu untuk rawatan wabak COVID-19.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (NSC), dadah baharu itu ialah Remdesiovir.

Katanya, Malaysia dipilih kerana kemampuan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujikaji dan penyelidikan.

Memetik laporan The Star, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihak kementerian akan merawat pesakit COVID-19 dengan menggunakan dadah Remdesivir dan akan memantau kesan sampingan dan keberkesanan penggunaan dadah ini.

Dalam hantaran yang dibuat menerusi media sosial Facebooknya kelmarin, Dr. Noor Hisham menjelaskan, WHO telah mengumumkan percubaan secara besar-besaran yang dinamakan Solidariti untuk mengetahui sama ada terdapat apa-apa dadah yang mampu untuk merawat jangkitan wabak coronavirus.

Dadah-dadah yang dimaksudkan di sini adalah untuk diguna pakai bagi kaedah rawatan penyakit dan bertujuan untuk kesihatan.

BACA:

“Ini adalah satu daya usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan data secara saintifik di saat dunia dilanda pandemik.

“Penyelidikan yang dilakukan termasuk merawat ratusan ribu pesakit yang berada di hospital akibat jangkitan wabak COVID-19 untuk mencari keberkesanan ubat atau penawar.

“WHO memberi tumpuan kepada empat elemen iaitu eksperinen anti-virus yang dinamakan Remdesivir, ubat malaria yang digunakan sebagai kaedah rawatan iaitu chloroquine dan hydroxychloroquine, kombinasi jenis dadah yang digunakan untuk pesakit HIV iaitu lopinavir dan interferon-beta, dan campuran dua jenis dadah yang sama dengan interferon-beta untuk meningkatkan sistem imuninasi bagi mematikan virus.”

Begitulah catatan dalam Facebook Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkongsi usaha Malaysia untuk sama-sama memerangi wabak COVID-19.

Jumaat lalu, satu teleconference telah diadakan bersama Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhnanom Ghebreyesus dan turut disertai menteri-menteri kesihatan dunia yang lain. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button