Nasional

Industri perhotelan Langkawi masih nyawa-nyawa ikan

SEORANG pengguna Facebook yang menggunakan akaun Halim Bin Jantan meminta supaya pihak Astro menilai semula laporan yang mengatakan hotel di Langkawi menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

Menurut status yang dimuat naik lelaki berkenaan, data tersebut cuma diambil oleh seorang Pengurus Jualan dari sebuah hotel tiga bintang di Langkawi, Kedah dan hanya membuat gimik strategi jualan.

“Pihak MAH (Malaysia Assosicate Hotel) perlu dirujuk terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bukannya sekadar menggunakan kenyataan daripada beberapa individu.

“Kesan negatifnya ialah kepada ramai pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan potongan gaji sehingga kini akan merasakan majikan menipu mereka,” katanya dalam status berkenaan.

Jelas lelaki itu, bantuan dan sokongan agensi kerajaan juga akan berkurangan jika mereka menganggap industri perhotelan sudah kembali pulih menerusi laporan.

Ujarnya, hakikat sebenar ialah hotel di Langkawi masih lagi nyawa-nyawa ikan untuk meneruskan perniagaan.

Tambahnya, dia berharap supaya Astro lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita untuk mengkaji setiap kesahihan terlebih dahulu.

Semalam, Astro Awani melaporkan sektor perhotelan di Langkawi telah menerima 1,000 tempahan.

Maklumat itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button