fbpx
Luar Negara

Covid-19: Lebih 372,000 kes, 16,000 kematian di seluruh dunia- WHO

Jumlah orang yang dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 372,000 dan lebih 16,000 nyawa terkorban, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

WHO dalam laporan hariannya mengatakan jumlah kes mencecah 372,757, kebanyakan dicatatkan di Eropah – lebih 195,000 kes.

Jumlah kematian di peringkat global pula sebanyak 16,231 orang, menyaksikan lebih 10,000 kematian di rantau Eropah.

Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika: 1,305 jangkitan dan 26 kematian, lapor agensi berita Sputnik.

Sejak 24 jam lalu, kes jangkitan pertama dilaporkan di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya.– BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button