fbpx
Politik

Mahathir cabar hak dan kuasa Agong

Majlis Presiden berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan malan ini Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) juga berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk Perdana Menteri interim (sementara) mendahului titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini.

Malah pengumuman Perdana Menteri interim (sementara) memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Umum sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dijadualkan bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk membincang perkara ini.

Majlis Presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam hal ini.


Dr Mahathir sebelum itu memberitahu persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu.

Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.

”Pilihan raya mengejut akan diadakan sekiranya sesi Parlimen khas 2 Mac ini gagal mencapai majoriti sewajarnya untuk memilih PM,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di  Bangunan Perdana Putra.

Dr Mahathir ditanya mengenai hasil pertemuan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada sebelah pagi hari ini.

“Sebagaimana yang diketahui, Seri Paduka telah meminta semua Ahli Parlimen memberi kenyataan kerana mereka telah membuat akuan berkanun tetapi baginda tidak pasti jadi baginda mahu mereka membuat kenyataan di hadapan baginda.

“Dan, selama dua hari … hasilnya ialah Seri Paduka mendapati tiada siapa yang mempunyai majoriti ketara dan kerana baginda tidak memperoleh majoriti ketara, Seri Paduka bertitah forum yang tepat ialah Parlimen atau Dewan Rakyat,” katanya.  – SM/BERNAMA

 

Show More

Related Articles

Back to top button