Politik

Ku Li beri 7 hari Azizan jawab Usul Tidak Percaya kepada PM

Ku Li dakwa dua kali Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri ditolak

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun telah diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab persoalan mengenai Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri yang dikemukan kepada Parlimen.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sebanyak dua kali Usul Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri telah diberikan kepada Dewan Rakyat.

Tengku Razaleigh mendakwa kedua-dua usul itu telah ditolak oleh Perdana Menteri untuk dibahaskan dengan cara meletakkannya di hujung senarai perbahasan.

“Saya berharap mendapat jawapan memuaskan dalam masa tujuh hari kerana saya bercadang membuat pengumuman awam demi kepentingan mendukung Perlembagaan serta mempertahan keluhuran sejajar dengan sumpah jawatan saya.

“Di samping itu saya akan meneliti sama ada keegganan Datuk untuk memberi keutamaan kepada perkara ini merupakan kecuaian terhadap Perkara 43 dan Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan,” kata Tengku Razalegih dalam satu surat bertarikh 25 September lalu yang diberikan kepada Azhar.

Surat tersebut didedahkan oleh Tengku Razaleigh di laman media sosialnya hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, usul tersebut amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan termasuk kesahihan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, jika usul tersebut disokong oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat maka ia haru dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera ahar Kerajaan kepimpinan Perdana Menteri kini dapat mengesah kewajarannya di Dewan Rakyat.

“Saya membuat cadangan ini berpandukan Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Azhar menjawab surat Tengku Razaleigh itu dalam tempoh empat hari.

Dalam jawapanya ,Azhar berkata, penolakan itu dibuat di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa urusan Kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.

“Usul Persendirian termasuk Usul Tidak Percaya terhadap YAB Perdana Menteri dari YB Langkawi dan Usul Percaya terhadap YAP Perdana Menteri dari YB Pasir Puteh, YB Sabak Bernam dan YB Arau telah disenaraikan berdasarkan masa penerimaan usul-usul tersebut.

“Usul-usul Persendirian yang diterima terlebih dahulu akan disenarikan susunan awal di kertas Aturan Mesyuarat,” kata Azhar dalam surat bertarikh 29 September.

Justeru tegas Azhar tidak benar Perdana Menteri tidak membenarkan Usul Tidak Percaya tersebut dibahaskan di Dewan Rakyat.-SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button