BanjirNasional

Solusi tebuk benteng, pam air genang di Taman Sri Muda

SELEPAS hujan lebat dan banjir melanda, satu lagi masalah yang timbul kepada mangsa-mangsa banjir air genang atau air yang tidak bergerak kerana tiada punca untuk pengaliran keluar air yang bertakung.

Ini bukan masalah baharu dan bukan juga baru berlaku pada masa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jalan penyelesaiannya yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad ialah kaedah penebukan benteng dan pengepaman.

“Kaedah penebukan benteng dan pengepaman air banjir akan dilaksanakan secepat mungkin oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

“Ini bagi mengatasi masalah air genang yang sedang berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor berikutan banjir yang melanda kawasan itu,” katanya.

Jelas beliau, kerja-kerja penebukan sementara perlu dilaksanakan segera berikutan kaedah air genang dan sekiranya dibiarkan, akan berlarutan sehingga dua minggu.

Katanya lagi, sebanyak 21 pam akan digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Klang.

Bagaimanapun, Abd Latiff berkata, lokasi tepat untuk penebukan benteng masih belum dimuktamadkan dan akan diputuskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Banjir yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam membabitkan ribuan penduduk dan kira-kira 2,000 orang penduduk masih terperangkap disebabkan mereka enggan berpindah dari kawasan tersebut.

Antara sebab mereka enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ialah bimbang dijangkiti wabak Covid-19.

Abd Latiff memberi jaminan, pihaknya akan terus membantu mereka yang enggan berpindah dengan cara menghulurkan bantuan makanan dan keperluan asas. – SM

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button