Politik

10 MP UMNO dan BN dimaafkan, dipantau Lembaga Disiplin – Presiden

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedia maklum tentang tindakan 10 individu dalam parti yang turut dicop sebagai ‘pengkhianat’ telah dimaafkan tetapi kesemua mereka perlu berhadapan dengan Lembaga Disiplin parti.

“Saya mengambil pendirian bahawa ke10an Ahli Parlimen itu terdiri daripada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Peristiwa itu berlaku dalam usaha pembentukan kerajaan ketika itu di mana tidak ada mana-mana parti gabungan yang mempunyai kelayakan untuk melepasi 50 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen.

“Dan tentulah ketika itu usaha telah dijalankan untuk 10 Ahli-ahli Parlimen ini menarik balik surat sokongan dengan melakukan revocation of SD.

“Ertinya membuat surat akuan sumpah untuk menarik balik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada persidangan tiga sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur yang masuk hari kedua, hari ini.


Zahid berkata, oleh kerana perkara itu telah berlalu dan kini mereka bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan, beliau nyatakan bahawa beliau telah memaafkan apa yang telah berlaku itu.

“Tetapi saya akan terus bersama-sama dengan Lembaga Disiplin untuk melakukan pemantauan terhadap pendirian yang ada sekarang dan juga sama ada mereka ada melakukan mana-mana gerakan atau move.

“Tetapi saya yakin mereka akan tetap bersama-sama UMNO dan BN dalam menyokong Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang.

“Dan saya yakin juga bahawa kesilapan langkah dahulu adalah kerana situasi ketika itu tidak menentu.

“Maka pendedahan yang saya buat dalam majlis taklimat Presiden itu adalah pendedahan tertutup yang saya berkongsi maklumat kerana mereka harus tahu apa yang berlaku di sebalik penubuhan Kerajaan Perpaduan,” jelas Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Kata Zahid lagi, “oleh kerana kita harus bergerak ke hadapan, kita harus move forward maka yang terbaik ialah bagi kita untuk jadikan peristiwa itu sebagai satu pengajaran kerana keputusan Majlis Tertinggi dan Barisan Nasional, semua move atau gerakannya adalah dibuat cara unblock. Cara satu pasukan oleh kerana kesemuanya 30an ini termasuk yang 10 itu telah bersama-sama menyokong.

“Saya tidak fikir tindakan-tindakan itu dilakukan secara fugictive dan kita hendaklah bergerak ke hadapan untuk melakarkan realiti baru politik tanah air.”

Beliau berkata, beliau menyantuni perbezaan pendapat terutamanya dalam kalangan mereka yang terutamanya berminat untuk bersama-sama dengan kepimpinan atau pun melakukan reset kepada parti.

Tambah beliau, yang penting reset ini boleh dilakukan bersama-sama dan tidak penting bagi melayan perbezaan-perbezaan yang akhirnya mewujudkan khabilah-khabilah yang berbeza.

“Saya mempunyai pendirian dan keyakinan yang lebih baik sama-sama untuk melakukan perubahan-perubahan yang drastik, jika ada.

“Itu sebabnya semalam saya nyatakan bahawa esok pada hari Jumaat dalam ucapan dasar saya, akan menggariskan hala tuju baru UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional untuk menghadapi PRN PRU,” ujar beliau.

Lain-lain gerakan masa yang harus tindakan semula akar umbi dan mereka yang tidak menepati supaya sama-sama dapat memahami dan akhirnya menyokong serta menyokong lagi Barisan Nasional, katanya. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button