Nasional

Majikan dapat manfaat sikap positif pegawai tauliah PALAPES – Raja Muda Perlis

Majikan akan mendapat manfaat daripada sikap graduan Pegawai Tauliah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) .

Mereka yang memiliki mutu disiplin dan keyakinan dalam menyampaikan serta melaksanakan sesuatu tugasan dengan aura kepimpinan yang tinggi.

Jika majikan memiliki seorang anggota PALAPES sebagai salah seorang warga kerja dalam organisasi mereka.

Pegawai Tauliah PALAPES mempunyai kekuatan mental

Kebanyakan Pegawai Tauliah PALAPES mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang baik.

BACA JUGA: MAIPs tingkatkan penulisan dan dokumentasi sebagai khazanah – Raja Muda Perlis

Mereka diajar bekerja dalam situasi tekanan dan mampu membuat penilaian yang baik walau dalam apa jua keadaan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media oleh PALAPES Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Terdahulu baginda berkenan berangkat mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia ke Memorial Kebangsaan Negara Thailand yang terletak di Tambon Ku Kot, Lam Luk Ka District, Pathum Thani Province pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan ke Memorial berkenaan yang dikendalikan oleh National Defence Studies Institute Royal Thai Armed Forces Headquarters itu disambut oleh Penyelia Seksyen Sejarah dan Arkeologi Ketenteraan Thailand, Komander Wing Srijun Wongpoodee, Pegawai RDPSCC dan Perhubungan Awam, Witita Khunjamnuan dan Pegawai Bahagian Memorial Kebangsaan, Nudchvaree Markomol.

Turut mengiringi baginda ialah Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Kol (K) Ir Ts R Badlishah Ahmad merangkap Komandan PALAPES UniMAP, Mejar Muhammad Fadzil Repin (Universiti Putra Malaysia) dan Kapten Mohd Azam Muhammad Akhir (Universiti Malaysia Pahang).

Tambah Tuanku Raja Muda Perlis lagi, majikan akan turut memperolehi kelebihan yang mana pasukan kerja yang berdedikasi dalam setiap aspek pekerjaan dan tugasan yang diberikan mampu direalisasikan dengan jayanya kerana sesungguhnya seseorang Pegawai Tauliah PALAPES itu amat mementingkan penjagaan masa kerana bagi mereka “Lalai Sesaat Derita Seumur Hidup”.

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button