Nasional

Raja Muda Perlis berkenan berangkat berbasikal di Daerah Yan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat berbasikal santai di Daerah Yan, Kedah sejauh 20km pada pagi semalam.

Program tersebut adalah bagi menerima undangan bekas Setiausaha Sulit baginda, Hj Mohd Sokri Hussin yang mengusahakan ‘Homestay Harmoni’ di Lot 1491, Kampung Perigi, Yan sejak beliau bersara wajib dari perkhidmatan awam beberapa tahun yang lalu. Baginda turut berkenan menanam sepohon ‘Durian Musang King’ di halaman Homestay berkenaan.

Turut serta di dalam kumpulan kayuhan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Ruhaida Mashhor.

Beberapa lokasi tarikan menarik di Daerah Yan disinggahi baginda dan ahli kayuhan seramai 50 peserta yang datang dari Perlis pada awal paginya termasuklah di Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun dan juga tempat naik ikan di Jeti Sg Udang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah di projek memproses, mengedar dan menjual pelbagai kuih tradisional dan moden seperti kerepek ubi, kerepek bawang, karipap mini, kuih bangkit, muruku, bahulu dan lain lain lagi yang diusahakan oleh Bangkit Kenari Enterprise beralamat di F262, Kampung Raga, Yan yang kini sudahpun juga membuka cawangan di no 2 & 3 Lot Kedai Kampung Permatang Chengai.

Perusahaan yang diusahakan oleh Mohd Zafani Zakaria dan Siti Nor Aida Zakaria yang merupakan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kg Raga, Yan dan dibimbing oleh bondanya, Akiah Abu Bakar yang telah memulakan peniagaan sejak 40 tahun lalu itu kini turut diperbesarkan ke beberapa kawasan lain di utara Semenanjung.

Baginda turut berkenan singgah menyantuni bekas Ketua Polis Padang Besar dari 1 Mac 2018 sehingga 17 April 2020 yang lalu iaitu ACP Muhamad Halim Yatim yang baru sahaja berpindah ke Ibupejabat PDRM Pulau Pinang atas faktor kenaikan pangkat dan keluarga di kediaman beliau. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button