Agama

MAIPs salur sumbangan bantuan kepada lapan NGO berjumlah RM1.65 juta

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan ‘Bantuan Khas Peruntukan Kepada Lapan NGO Muallaf’ berjumlah RM1.65 juta pada tahun ini.

MAIPs juga sentiasa memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan muallaf sama ada dari segi kewangan mahupun sokongan moral.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Mohd Nazim Mohd Noor menurut hebahan media MAIPs sempena majlis simbolik penyerahan tersebut daripada MAIPs kepada Pegawai Hidayah Centre Foundation, Aziz Mizan di Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring pada khamis petang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berangkat hadir menyaksikan majlis tersebut.

Menurut Mohd Nazim, MAIPs memperuntukkan sejumlah peruntukan khas kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Perlis untuk pengurusan, selain sumbangan bagi pelaksanaan kelas-kelas pengajian.

MAIPs juga menyediakan Skim Bantuan Zakat seperti Sara Hidup bagi membantu golongan muallaf dalam bentuk kewangan bagi meringankan bebanan kewangan mereka. Selain itu, MAIPs turut merai dan menyampaikan bantuan seperti Bantuan Hari Raya dan sebagainya’, jelas beliau.

Mohd Nazim menambah bahawa ‘One Centre Malaysia (OCM) Perlis juga dinaungi oleh MAIPs bagi membantu menjalankan aktiviti dakwah dan pembangunan saudara baharu. Penubuhan ini juga adalah bagi membantu membetulkan sebarang salah faham masyarakat terhadap Islam, memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam serta sebagai jambatan kepada perpaduan antara agama dan kaum tanpa mengetepikan prinsip Islam.

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button