Nasional

PKPD di seluruh Seremban, 17 lokaliti

Ibu negeri Negeri Sembilan, Seremban dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 9 Julai hingga 22 Julai.

Menteri Pertahanan yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil pemantauan di lapan daerah di Serembam mencatatkan peningkatan kes.

Setakat 4 Julai lalu sebanyak 5,504 kes aktif telahpun direkodkan dalam lokaliti tersebut.

“Pada masa sama, KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini sekali gus memerlukan kaedah pemutusan jangkitan dengan segera.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan,

Sementara itu 17 lokaliti turut dikenakan PKPD bermula 9 Julai hingga 22 Julai.

Lima lokaliti terletak di Sabah melibatkan Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Lembising dan Kampung Dumpil di Putatan; Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu; Kampung Balibata, Beaufort dan Kampung Pintasan.

Lapan lokaliti di Johor iaitu Kawasan Perindustrian Indahpura serta tujuh lokaliti dalam Kawasan Perindustrian Senai iaitu Kawasan Industri Senai Fasa 1, Kawasan Industri Senai Fasa 2, Kawasan Industri Senai Fasa 3, Kawasan Industri Senai Fasa 4, • Taman Perindustrian Senai, Taman Perindustrian Murni Senai dan Senai Airport City (SAC).

Dua Taman Perumahan dalam daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf serta Kuarters Pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang.

Sebanyak tiga lokaliti ditamatkan esok iaitu Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan; Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dan Kampung Kukut, Beaufort, Sabah.

Kampung Tahak, Membakut, Beaufort, Sabah yang dijadualkan tamat pada 9 Julai ditamatkan awal esok.-SM

 

 

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button