Politik

“Saya masih lebih suka semua orang panggil saya Kit sahaja,” – Lim Kit Siang

Bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang masih lebih suka semua orang memanggilnya dengan nama ‘Kit’ sahaja meskipun kini sudah bergelar Tan Sri.

Kit membawa gelaran Tan Sri sejurus menerima Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dan sehingga kini, beliau masih menerima ucapan tahniah.

Penganugerahan itu juga diberikan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64, pada Isnin.

Sementara itu, anaknya, Lim Guan Eng, cukup terharu apabila melihat ayahnya gembira kerana menerima ucapan tahniah yang tidak putus-putus.

Lim Guan Eng gembira apabila ayahnya, Lim Kit Siang tersenyum bahagia.
Lim Guan Eng gembira apabila ayahnya, Lim Kit Siang tersenyum bahagia.
(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button