Politik

PN sediakan Pusat Media yang selesa untuk petugas media

BALLROOM di Glenmarie Golf & Country Resort menjadi tumpuan wakil media termasuk dari Singapura yang membuat liputan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi Perikatan Nasional (PN).

Lebih kurang 100 pengamal media berkampung di Pusat Media PN di sini sejak pukul 6.45 petang.

Meja untuk petugas media disediakan di dalam ballroom, di bahagian belakang bertentangan dengan pentas utama yang turut disediakan skrin besar untuk mengikuti keputusan semasa PRU15 khususnya calon-calon PN.

Sementara itu, persekitaran dan perkarangan hotel seperti biasa, tidak perlu kawalan ketat untuk masuk ke ballroom. – SM


 

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button