HiburanUncategorized

Mahkamah Tinggi Britain dedah foto muka Johnny Depp lebam ditampar bekas isteri

Keganasan rumah tangga Johnny Depp-Amber Heard

MAHKAMAH Tinggi Britain mendedahkan foto muka bintang Hollywood yang amat diingati menerusi karakternya sebagai Kapten Jack Sparrow (filem Pirates of the Carribean) Johnny Depp dalam keadaan lebam kerana ditampar oleh bekas isterinya, Amber Heard.

www.gstatic.com/tv/thumb/v22vodart/32093/p32093...Pendedahan foto itu dilakukan semalam sewaktu prodiding perbicaraan berlangsung.

Ketika prosiding perbicaraan, ketua pengawal peribadi Depp, Sean Bett mendakwa, Heard sering melakukan serangan fizikal terhadap suaminya ketika perkahwinan mereka sedang goyah.

Foto yang dikemukakan itu difailkan bersama kenyataan bertulis Bett.

Difahamkan, Depp berdepan dengan 14 pertuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya, Heard, berhubung keganasan rumah tangga antara tahun 2013 dan 2016.

Ia termasuk satu kejadian yang berlaku di sebuah pulau di Bahamas, di rumah sewa  di Australia serta dalam jet peribadi.

Bagaimanapun, pelakon filem bersekuel Pirates Of The Caribbean itu menafikan kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Depp bercerai dengan Heard pada tahun 2016. – SM

(Visited 511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button