Hiburan

Mungkin Aishah tak sengaja sekat Instagram saya – Siti Nurhaliza

SEMALAM kecoh di laman sosial apabila penyanyi, Aishah didakwa telah menyekat akaun instagram penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bertemu dengan Siti pada petang tadi, penyanyi itu mengakui dia sebenarnya tidak tahu apa-apa berkenaan dengan perkara itu.

Siti berkata, dia tidak sedar kerana dirinya jarang memegang atau memeriksa telefon bimbit memandangkan kehidupannya yang sibuk.

“Tetapu perkara biasalah kalau kita kadang-kadang secara tidak sengaja telah menyekat akaun Instagram orang lain. Bagi saya ini bukan satu isu yang besar.

“Saya sebenarnya tak nak perbesarkan isu ini sebab saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun (Aishah sekat) sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon,” katanya.

Siti ditemui dalam majlis pelancaran single medley klasik Siti 1 dan produk minuman jeli berkhasiat ‘Aafiyah’ khas untuk kanak-kanak yang diberi nama Beaukids, di Skyglass, Cyberjaya.

Terdahulu, Aishah menerusi akaun Instagram miliknya berkenaan dengan isu tindakannya yang didakwa telah menyekat akaun Instagram Siti.

Namun, Aishah memberitahu yang dia sendiri tidak tahu berkenaan perkara tersebut dan secara tidak sengaja telah menyekat akaun Instagram Siti.

Menurut penyanyi itu, dia keliru kerana terlalu banyak akaun Instagram yang menggunakan nama Siti Nurhaliza dan secara tidak sengaja telah menyekat akaun Siti yang asli. -SM

(Visited 935 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button