AnalisisPolitik

Lim Guan Eng tuduh 10 Menteri Kabinet gagal

22 bulan jadi Menteri Kewangan, Guan Eng tidak gagal?

LIM GUAN ENG menuduh 10 orang Menteri Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal. Adakah tuduhan ini berasas?

Semalam, Negara dikejutkan lagi dengan serangan bertali-arus dari pemimpin pembangkang terhadap Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri.

Terkini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyerang Kerajaan dengan tuduhan bahawa terdapat 10 orang Menteri Kebinet yang gagal iaitu:

Hishammuddin Hussein (UMNO).

Idris Ahmad (PAS).

Takiyuddin (PAS).

Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS).

Saravanan (MIC)

Wee Ka Siong (MCA).

Rina Harun (PBBM).

Annuar Musa (UMNO).

Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Foto: FB Kementerian Alam Sekitar dan Air

Shahidan Kassim (UMNO).

Mustapha Mohamed (PBBM).

UMNO – 3.

PAS – 3.

PBBM – 2.

MIC – 1.

MCA – 1.

DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM

Guan Eng semalam menyenaraikan 10 nama Menteri yang gagal dan mengecewakan rakyat.

Adalah amat jelas, kenyataan Guan Eng ini bertujuan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Keluarga Malaysia agar sokongan serta keyakinan rakyat terhadap Kerajaan hari ini menurun dan memberi kelebihan kepada parti pembangkang seperti PKR dan DAP.

Di dalam kenyataan Guan Eng, beliau berkata, perkara-perkara berikut mengenai 10 orang Menteri ini iaitu:

HISHAMMUDDIN: Menteri Pertahanan ini gagal menyelia pembelian RM9 bilion Enam Littoral Combat Ship dan skandal perolehan pertahanan yang lain bernilai berbilion ringgit.

MENTERI PAS, IDRIS AHMAD, TAKIYUDDIN DAN TUAN IBRAHIM: Guan Eng kata, ketiga-tiga Menteri PAS ini jelas kelihatan tidak cekap mengurus Kementerian masing-masing. Tuan Ibrahim dituduh gagal dan tidak berkesan dalam menangani masalah banjir besar di negara ini.

MUSTAPA MOHAMED: Menteri Ekonomi ini kata Guan Eng, gagal menguruskan ekonomi negara, gagal menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan inflasi serta gagal dalam isu kejatuhan nilai ringgit berbanding US Dollar dan Dollar Singapura.

ANNUAR MUSA: Menteri Komunikasi dan Multimedia ini dikritik oleh Guan Eng kerana kegagalan yang teruk dalam membendung inflasi. Inflasi dan Inflasi makanan untuk bulan Julai naik kepada 4.4% dan 6.9%.

Akibat kenaikkan ini, Guan Eng kata, Bank Negara menaikkan Kadar Dasar sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus untuk mengawal inflasi negara.

– Gambar FB PARLIMEN MALAYSIA

ADAKAH BENAR TUDUHAN MENTERI-MENTERI INI GAGAL?

Tuduhan-tuduhan Lim Guan Eng ini seumpama seorang yang sengaja melemparkan tuduhan-tuduhan melulu kepada Menteri-Menteri Kabinet yang amat berpengalaman seperti Hishammuddin Hussein, Mustapha Mohamed dan Annuar Musa.

Guan Eng yang pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia selama hanya 22 bulan mempunyai trek rekod terburuk sebagai seorang Menteri Kewangan.

Antaranya:

(i).  Pemberian hanya RM30 kepada rakyat kedalam e wallet ;

(ii).  Memperkenalkan Cukai Digital sebanyak 6% ;

(iii).  Tarif Elektrik dinaikkan 3 kali dalam 22 bulan membebankan rakyat ;

(iv).  Pemberian wang BR1M turun separuh. Bantuan tunai mahasiswa dimansuhkan. Cukai keuntungan harta tanah dinaikkan ;

(v).  Cukai minuman gula diperkenalkan. Levi perlepasan dinaikkan di Lapangan Terbang ; dan

(vi).  Cukai GST dihapuskan dan diganti dengan cukai Service Tax 6% dan Cukai Jualan 10%.

Kesemua cukai-cukai baru ini bukan sahaja menyusahkan tetapi membebankan rakyat.

Tambahan pula, bantuan wang tunai BR1M dikurangkan dan tarif elektrik dinaikkan.

Tidakkah ini bermakna, Kenaikkan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia sebenarnya dimulakan tanpa disedari oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika Guan Eng menjadi Menteri Kewangan Negara Malaysia selama 22 bulan.

Kritikan Guan Eng terhadap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa juga merupakan satu tuduhan berniat jahat, tidak berasas dan memalukan.

Tan Sri Annuar Musa pernah menjawat pelbagai jawatan Menteri selama berada didalam Kerajaan Persekutuan iaitu sebagai:

Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1990 hingga 1993.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dari tahun 1993 hingga 1999.

Menteri Wilayah Persekutuan dari 2020 hingga 2021.

Terkini, Menteri Komunikasi dan Multimedia semenjak Ogos 2021 hingga sekarang.

Guan Eng menyalahkan Annuar Musa dan Tok Pa berkenaan dengan kenaikkan inflasi di negara ini.

Memang benar, Kadar Inflasi Negara naik kepada 4.4% pada Ogos 2022 lalu.

Menurut DOSM, indeks makanan yang meningkat 6.9% menjadi penyumbang utama kenaikkan inflasi pada bulan Julai ini.

Antara sebab kenaikkan adalah seperti berikut:

(i). Sub kumpulan ikan dan makanan laut naik 4.2%

(ii). Sayur-sayuran naik 7.1%

(iii). Restoran dan hotel naik 5.8%

(iv). Pengangkutan naik 5.6%

(v). Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain naik 3.8%

(vi). Pelbagai barangan dan perkhidmatan naik 2.1%

Rakyat perlu sedar bahawa inflasi bagi tempoh Januari – Julai 2022 meningkat 2.8% berbanding dengan waktu yang sama tahun lalu (Jan-Julai 2021).

Peningkatan inflasi Negara pada bulan Julai turut disebabkan oleh kesan asas yang lebih rendah pada tahun lalu berikutan pemberian diskaun bil elektrik dari 5% hingga 40% kepada pengguna domestik di bawah Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Julai hingga September 2021.

Perbezaan yang amat ketara dengan Dasar Ekonomi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menaikkan kadar Elektrik tiga kali dalam masa 22 bulan PH memerintah Kerajaan Persekutuan.

Annuar Musa melalui Jawatankuasa Jihad Inflasi menegaskan bahawa ketidak-tentuan ekonomi global dan krisis geo-politik serta perubahan iklim dunia dan kesan sampingan dari Pandemik Covid- 19 memberi kesan serta cabaran kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia di Negara ini.

Kenaikkan harga jagung bijiran dan baja serta kenaikan kos logistik juga menyebabkan peningkatan harga barangan yang menyaksikan kadar inflasi naik tinggi.

Walau bagaimanapun, Pasukan Jihad Inflasi Annuar Musa sentiasa mendengar keluh-kesah rintihan rakyat yang berhadapan dengan kesusahan ketika ini.

Terutama berkenaan dengan kenaikkan harga barang. Kerana itu Kerajaan memperuntukkan:

(i). RM1.1 bilion untuk subsidi ayam dan telor

(ii). RM4 bilion untuk minyak masak paket

(iii). Bantuan tunai tambahan berjumlah RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

Menjadikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bantuan tunai tertinggi dalam sejarah negara dengan jumlah peruntukkan RM8.2 bilion dan

(iv). Peruntukkan Inisiatif Jamin Kerja bernilai RM4.8 bilion dengan sasaran menawarkan 600,000 peluang pekerjaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2022 telah merekodkan 400,000 jawatan telah diisi di seluruh negara sehingga hari ini.

KADAR INFLASI SEKIRANYA KERAJAAN TIDAK BERIKAN SUBSIDI KEPADA RAKYAT

Mustapa Mohamed

Datuk Seri Mustapa Mohamed ataupun lebih mesra dengan panggilan Tok Pa berkata, sekiranya Kerajaan PM Ismail Sabri tidak memperuntukkan subsidi untuk rakyat ketika negara berhadapan dengan inflasi dan kos sara hidup yang naik tinggi, sekurang-kurangnya kadar Inflasi Malaysia sudah berada di paras 11.4% sekarang.

Perbandingan Kadar Inflasi dengan Negara-Negara lain di ASIA:

JEPUN  =  3.0%.

BRUNEI =  3.9%.

VIETNAM =  2.89%.

INDONESIA =  4.69%.

QATAR  =  4.8%.

KOREA SELATAN =  5.7%.

PHILIPPINES =  6.3%.

INDIA =  7%.

SINGAPURA=  7%.

THAILAND =  7.86%.

CAMBODIA =  7.9%.

MYANMAR =  17.78%.

SRI LANKA =  64.3%.

MALAYSIA =  4.4%.

Tan Sri Annuar Musa berkata, Kerajaan akan terus berusaha menjalankan dasar ekonomi yang terbaik memandangkan negara akan berhadapan dengan pelbagai lagi cabaran pada tahun 2023 ini sama ada cabaran domestik mahupun cabaran global.

Kerajaan perlu terus tangani krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang datang bertali-arus.

Dan yang paling utama Kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu memastikan semua rakyat diberi perhatian dan pelindungan demi kelangsungan hidup mereka tanpa tiada seorang ataupun bangsa tertinggal di belakang. – SM

(Visited 1,294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button