Politik

PN semakin diterima, benam PH-DAP tolak BN

Oleh Norliza Abdullah Yusuf

GELOMBANG kebangkitan rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan terbaik semakin terasa menerusi sokongan padu yang dizahirkan pada setiap program pemimpin PN bersama rakyat di seluruh negara.

Ribuan rakyat hadir di dua lokasi malam tadi iaitu Shah Alam dan Keramat sebagai bukti rakyat bangkit menentang penyelewengan dan sedia menerima PN sebagai parti yang boleh membentuk kerajaan yang terbaik untuk Malaysia apabila menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Masyarakat di Keramat menunggu lama dan sanggup meredah hujan dengan mengharungi padang berlumpur semata-mata menanti kehadiran pucuk pimpinan PN.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebangkitan rakyat semakin terasa dengan menyaksikan mereka sudah menerima PN dengan penuh yakin dan sekali gus menolak Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


“Sokongan rakyat terhadap PN, ini sebagai tanda jelas masyarakat tidak bersetuju dengan pemimpin kurop, salah guna kuasa dan parti yang tidak menghormati hak keistimewaan Bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan.

“Pemimpin sebegini tidak layak menerajui negara dalam keadaan yang semakin mencabar pasca Covid ini dan ketidak ketentuan ekonomi dunia,” katanya ketika berucap di Padang AU2, Taman Keramat Kuala Lumpur.

Turut hadir, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muhyiddin berkata, PN terbukti berupaya memimpin ketika dunia dilanda wabak, bertindak segera menjaga keselamatan rakyat.

“Tindakan pantas menerusi perintah kawalan pergerakan, segera memberi vaksin kepada rakyat dan membantu lebih 20 juta rakyat yang terkesan dengan memberi pelbagai bantuan.

“Kerajaan membelanjakan sejumlah RM530 bilion sepanjang tempoh luar jangkaan bagi memastikan nyawa rakyat terselamat dan ekonomi negara tidak runtuh kesan pandemik yang sangat mencabar.

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur dan rakyat bijak memilih pemimpin berwibawa and amanah,” jelas beliau.

Sebaik sahaja mendapat mandat rakyat pada pilihan raya kali ini, PN akan menawarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium bersasar kepada Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Ini termasuk tawaran satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk anak muda.

Semua ini termaktub dalam manifesto PN iaitu dalam Tawaran PN BEST yang dilancarkan baru-baru ini.

Ini mencerminkan keprihatinan PN yang mendengar keluhan rakyat yang begitu memerlukan.

“Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, terjemahkan sokongan anda dengan mengundi calon daripada PN demi kestabilan politik dan ekonomi negara,” pesan Abah Muhyiddin. – SM

 

(Visited 107 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button