fbpx
Politik

MB Selangor adakan pertemuan dengan ADUN PKR

MENTERI Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR ke kediaman rasminya hari ini.

Bagaimanapun ADUN yang menyokong Presiden  PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Institut Darul Ehsan di Shah Alam terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah Menteri Besar.

Menurut laporan The Star, Amirudin menyertai program pemukiman majlis eksekutif di Bandung telah memanggil untuk mengadakan pertemuan itu sebaik sahaja tiba semalam.

Menurut salah seorang ADUN yang akan pada pertemuan itu, Amirudin telah memberi jaminan akan menjaga PKR Selangor.

Daripada 21 ADUN PKR di Selangor, 12 dikatakan cenderung kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali dengan sembilan memihak kepada Anwar.

Namun, Selangor tidak mungkin akan berubah seperti mana yang bakal berlaku di peringkat pusat kerana daripada 33 ADUN, 16 daripada DAP, sembilan dari PKR dan lapan dari Amanah menyokong Anwar sepenuhnya.

Sementara 12 penyokong Azmin bersama lima dari Barisan Nasionak, seorang Pad dan lima dari Bersatu hanya sekadar mewakili 23 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jika Amirudin memilih untuk bersama Azmin, sudah tentu beliau akan terlepas jawatan Menteri Besar dan perlu bersama blok pembangkang yang kini di ketuai ADUN BN, Rizam Ismail. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button