Politik

Lim Guan Eng minta hapuskan Akta Hasutan dan Ekuinas namun Muhyiddin tolak

Pengerusi perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sesuatu tentang Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan mendesak untuk hapuskan Akta Hasutan semasa beliau berada dalam kabinet Menteri dalam Negeri.

Menurutnya lagi jika PH mentadbir negara peruntukan dari kerajaan kepada rakyat yang telah disediakan seperti beberapa institusi yang dibangunkan oleh kerajaan sebelum ini contoh Ekuinas.

“Ekuinas ini merupakan satu agensi GLC yang dibentuk oleh kerajaan dengan peruntukan lebih 2 bilion ringgit Malaysia tujuannya untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera.

“Ketika itu Guan Eng minta kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk jadi perdana menteri, kerana Guan Eng boleh mengambil semula duit yang telah di peruntukan,” katanya semasa kempen pilihan raya di Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu beliau turut berkata, jika dahulu mempunyai dasar ekonomi baharu namun tidak diteruskan dan digantikan dengan dasar Pembangunan Nasional.

Sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus untuk Perikatan Nasional menguasai ekonomi dalam negara.

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button