JenayahNasional

Lelaki Yaman direman cabul dua remaja di Bandar Sunway

POLIS menahan seorang lelaki warga Yaman yang disyaki mencabul dua remaja perempuan di pusat beli-belah di Bandar Sunway.

Kejadian didakwa berlaku pada pukul 1.30 tengah hari, Khamis lalu di sebuah kedai di pusat beli-belah tersebut yang membabitkan dua mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 20 tahun yang tidak bekerja ditahan susulan aduan mangsa kepada polis bantuan.

“Suspek turut didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan menurut Astro Awani.

Beliau berkata, suspek direman 14 hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – SM

BACA Doktor cabul pesakit kanak-kanak perempuan ditahan

BACA Pembantu jurulatih selam skuba di Semporna cabul pelancong direman

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button