JenayahNasionalNegeri

Doktor cabul pesakit kanak-kanak perempuan ditahan

Turut dirampas telefon bimbit suspek yang mengandungi gambar-gambar mangsa

POLIS menahan seorang doktor di Hospital Kemaman, Terengganu selepas disyaki mencabul pesakit kanak-kanak perempuan.

Suspek yang ditahan semalam akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kejadian melibatkan mangsa berusia 12 tahun berlaku di wad kanak-kanak hospital berkenaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada pukul 1.50 tengah hari semalam selepas polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu lalu.

“Mangsa memaklumkan suspek merupakan seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Rohaimi berkata, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

“Siasatan lanjut dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan dalam kes ini,” katanya. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button